Wednesday, 19 September 2012

Perumpamaan orang yang membaca atau tidak membaca AL QUR'AN




 ~ ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH ~


Hazrat Abu Musa r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda , ' Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca AL-QUR'AN adalah seperti limau manis , berbau sedap dan rasa limau itu manis .. Perumpamaan seseorang  mukmin yang yang tidak membaca AL-QUR'AN adalah seperti buah tamar , sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis .. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca AL-QUR'AN adalah seumpama buah peria pahit , buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit .. Perumpamaan orang munafik yang membaca AL-QUR'AN adalah seperti bunga ' raihanah ' , berbau harum tetapi berasa pahit 

- HR BUKHARI , MUSLIM -


KETERANGAN ,


Hadith ini bermaksud membandingkan perkara yang tidak nyata ( abstrak ) dengan perkara yang nyata ( konkrit ) supaya perbezaan antara membaca dan tidak membaca AL-QUR'AN mudah difahami oleh akal fikiran . Walaupun demikian , kemanisan dan keharuman AL-QUR'AN tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan limau manis dan buah tamar . Walau bagaimanapun , dalam perbandingan ini terdapat perkara-perkara yang khusus yang berkaitan dengan ilmu-ilmu kenabian dan kenyataan tersebut menjelaskan keluasan ilmu Nabi Muhammad SAW . Buah limau manis yang dimakan akan mewangikan mulut , membersihkan perut , menguatkan penghadaman dan lain-lain manfaat lagi .. Nilai-nilai ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pembacaan AL-QUR'AN , contohnya mewangikan mulut , membersihkan batin ( jiwa ) , menguatkan rohani .. Manfaat-manfaat ini diperoleh melalui pembacaan AL-QUR'AN dan mempunyai banyak persamaan dengan sifat-sifat limau manis yang telah dinyatakan sebelum ini .. Dikatakan juga bahawa terdapat kesan yang khusus pada limau manis , iaitu jika limau ini ada di dalam sesebuah rumah maka jin tidak dapat memasuki rumah itu .. Jika ini benar maka limau ini mempunyai persamaan manfaat yang khas seperti AL-QUR'AN .. Saya mendengar daripada sesetengah ahli perubatan bahawa limau manis juga menguatkan ingatan .. Selanjutnya dipetik daripada kitab ihya'-Ulumuddin , daripada riwayat Hazrat 'Ali r.hu bahawa tiga perkara yang MENGUATKAN INGATAN iaitu , 



  1. membersihkan gigi dengan miswak ( bersugi )
  2. berpuasa
  3. membaca AL-QUR'AN ..