Thursday, 20 September 2012

Beramal Dengan Al-Qur'an adalah Penjamin Daripada Fitnah







~ ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH ~



Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma meriwayatkan ,' Hazrat Jibril 'alaihissalam telah turun dan memberitahu Rasulullah SAW bahawa banyak fitnah ( huru-hara ) akan pasti berlaku . Rasulullah SAW bertanya , " Apakah jalan keluar daripada keadaan itu , wahai Jibril ?" Jibril 'alaihissalam menjawab , "Kitab Allah SWT."

( HR Ruzain demikian dinyatakan dalam kitab Rahmatul Muhdat )


KETERANGAN ,

Beramal dengan Al-Qur'an adalah penjamin keselamatan daripada segala fitnah .. Keberkatan daripada membacanya juga menjadi sebab kelepasandaripada fitnah .. Telah disebut pada hadith , jikalau Al-Qur'an dibacakan di dalam rumah , ketenangan dan rahmat akan turun ke dalam rumah tersebut dan syaitan-syaitan akan meninggalkan rumah itu .. Para ulama' menyatakan yang dimaksudkan dengan " fitnah " itu ialah kedatangan Dajjal , pencerobohan orang Tatar dan peristiwa-peristiwa yang seumpama itu ..