
Assalamualaikum Warahmatullah .. Ape khabar Encik hati dan Puan IMAN uolls ? Semoga sentiasa dalam keadaan yg baik yeppp .. I nak cakap pasal kawen hari ni .. hehe .. :D
Ramai yg pasti setuju jika saya katakan topik kahwen ini adalah topik yg tak pernah berhenti dibualkn bersama rakan2 .. kan3 ? =)
Topik yg tak pernah dikira sebagai out-dated untuk dibincangkan setiap kali bertemu dengan rakan2 dln reunion .. Saya sendiri tidak terlepas dari situasi ini .. Setiap kali pulang bercuti di Malaysia atau ketika bertemu dengan rakan pasti soalan2 ini tak lekang dari mulut mereka ,
" bila nak kenduri? "
" hang tak ada kawan special ke? "
" awak dah bertunang ke? "
*depa ingat aku pergi luar negara tu bercintan cintun ke?! Abah aku hantar jauh2 suh beljar kak oiii!*
Tatkala itu sering difikirkan kahwin ini seronok sebab ada orang sayang kita .. Ada orang yg memikirkan tentang kita .. Tambahan kita manusia tidak lari dari fitrah ingin dicintai dan mencintai insan yg berlainan jantina ini .. Pasti semua orang yg menginginkan pasangan yg sempurna , tak kira sama ada kacak , tinggi mahupun golongan berada ..
Namun , di dalam angan2 itu , pernahkah kita mendalami tanggunggjawab yg bakal digalas setelah lafaz " aku terima nikahnya " itu diucapkan ?
Saya teringat akn HADIS Nabi Muhammad S.A.W yg mafhumnya ;
" Jika seorang menikah , maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya , bertakwalah pada ALLAH pada separuh yg lainnya " [HR AL BAIHAQI]
Pesanan Rasulullah saw ini menunjukkan betapa murninya nilai sebuah perkahwinan .. tapi kita lebih menganggap kahwen sebagai satu cabang untuk aktiviti dalam kehidupan .. Ada sahaja ibu bapa yg menganggap dalam hidup ini perlu belajar , graduate , kerja , kahwen , mendapat anak ..
*ibu dan abah saye tidak begini , alhamdulillah*
Sedangkan sebenarnya perkahwinan adalah sesuatu yg besar dari itu .. Perkahwinan adalah satu ruang untuk mendidik keluarga agar dekat kepada ALLAH ..
Melaksanakan ISLAM sebagai AD DEEN ..
Jadi apakah kita telah bersedia untuk tanggungjawab ini ?
Justeru ayuh sama2 berusaha memperbaiki diri .. Tanamkan niat ingin berkahwen kerana ini upgrade iman kita bukan dengan alasan mudah kahwen sebagai jalan keluar dari zina hingga sanggup menolak nasihat ibu bapa dalam hal ini .. Tepislah angan2 kosong yg hanya merosakkan hati .. Jauhkan diri dari fantasi cinta yg digambarkan oleh media ..
Ya Allah jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yg beriman dan orang yg beriman menyintaiku .. =')